Thursday, May 24, 2012

KEMBARA SEMPENA HARI GURU 2012

 
 
 
 
 
 
 


Saturday, April 02, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA REUNION SMP4 SPM/1992 SEMPENA 20 TAHUN




Tempat Mesyuarat:
Kediaman Tok Sidang
Desa Tun Hussein Onn
Jalan Jelatek Kuala Lumpur

Tarikh/Masa : 27 Mac 2011 Jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Kehadiran : Tok Sidang, Arif Zaki, Marzuki, Azlina, Rozita

Agenda :
- Menubuhkan AJK Panganjuran
- Merangka Aktiviti
- Mengira Anggaran Perelanjaan
- Pengurusan Jemputan Ahli dan VIP

Penubuhan Jawatankuasa.

Marzuki
Iklan dan Promosi
P.A Sestem

Arif Zaki
Jemputan
Kungjungan Hormat Guru Besar Sek
Permohonan Dewan
Pengurusan Makan

Rozita
Surat Jemputan
Pengumpul Data Terkini Ahli
Bendahari

Azlina
Sukanneka
Karaoke
Juruacara
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pakaian Beragam

Tok Sidang
Kain Rentang
Cenderamata Ahli dan Jemputan
Hadiah
Penyelaras
Wakil Ke Mesyuarat Alumnai SMP4 -



MINIT MESYUARAT.

Pendahuluan.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perjumpanan Reunion SMP4 kali kedua setelah 20 tahun meninggalkan sekolah. Dengan adanya mesyuarat ini akan dapat merancang aktiviti dan melicinkan perjalanan majlis yang dirancangkan. Pada masa yang sama melantik AJK bagi memantau dan merancang strategik bagi menjayakan perancangan yang telah disusun.

Tujuan


Dengan terlantiknya AJK ini nanti segala perancangan akan tersusun dengan sempurna dan dapat menjumatkan kos bagi ahli yang akan menyertai majlis ini.

Skop


Perbincang ini akan merangkumi aspek jemputan, lokasi, tarikh/masa, aktiviti, pemberitahuan awal kepada ahli, perelanjaan dan VVIP yang terlibat.

Perkara Berbangkit


1. Surat jemputan kepada ahli akan diedarkan pada bulan Ogos mengandungi isi surat meminta ahli memberi maklum balas tentang data peribadi terkini dan memaklumkan jawapan menghadiri Reunion 2012 sama ada ahli akan hadir atau sebaliknya segala jawapan hendaklah dijawab secara bertulis (borang Jawapan), SMS, tel atau jawapan di FB kepada AKJ Rozita

2. Dalam perincangan telah sebulat seura menetapkan Dewan Sek Men Sebagai tempat acara ini dilangsungkan kerana Guru besar sekarang memberi kebenaran segala aktiviti Reunion boleh dilaksanakan di dewan sek. Bagi mendapatkan kebenaran bertulis atau kata dua meluluskan dewan sek digunakan bagi acara tersebut saudara Arif Zaki akan membuat kunjungan hormat dengan guru besar sek dalam masa terdekat.

3. Aktiviti yang akan dilaksanakan semasa Majlis sambutan ini:

a. 1400-1430 - melapor (ahli akan disaji dengan minuan selamat datang).
b. 1430-1500 - Ucapan Perasmian,Taklimat dan Kata aluan oleh Pengerusi
Sementara Reunion.
c. 1500-1600 - Jamuan petang (VVIP di jangka beredar).
d. 1600-1700 - Pertandingan Mewarna (acara kanak-kanak) dan Karaoke (dewasa)
e. 1700-1800 - Sukaneka
f. 1800-1830 - Penyampaian Hadiah dan Penutup.


4. Tarikh yang dipersetujui setelah perbincangan dibuat mengambil kira ahli yang akan berkerja pada hari sabru juga anak ahli yang bersekolah. Tarikhnya pada 23 Feb 2012 bersamaan hari Isnin (Cuti Tahun Baru cina Pertama). Tarikh ini dipilih diharap penyertaan ahli yang maksima pada hari cuti berkenaan. Selalunya kita memilih untuk bercuti bersama keluarga tapi bagi tahun 2012 diharap ahli membuat perancang dan memperutukan cuti bagi tujuan majlis ini.

5. Bagi menjayakan aktiviti ini kita telah membuat pengiraan kos perelanjaan seperti Iklan/ Promosi, Cenderahati, Hadiah Sukaneka, makan minum, persuratan dan cenderahati VVIP.

A. iklan/Promosi - Banner 3"x6" = rm45 x 5 = rm 225.00 akan dipasang di palong 4,5 dan 6, palong 7 dan 8, palong 9,10 dan 11, palong 12 dan 13 serta palong timur.

B. Cenderahati - Plaka + Baju-T + Beg Kertas ( rm13 + rm10 + rm2 = rm25.00) rm25.00 x 50 ahli (termasuk VVIP) =rm1,250.00.

C. hadiah Sukaneka - 8 acara x 15 penyartaan x rm10 = rm1,200.00 acara termasuk mewarna memerlukan peruntukan sebanyak rm1,200.00

D. Makan/minum petang - Peruntukan bagi makan dan minum bagi sekeluarga 1 kepala rm7.00 x 150 jempuatan(harga adalah mengambil kira sama rata dengan purata penyertaan 150 kedatangan dewasa dan kanak-kanak) = rm 1,000.00

A + B + C + D = rm 3,675.00 bahagi 50 keluarga = rm 73.50 AJK telah memutuskan setiap keluarga perlu membayar RM 70.00 Sahaja. Bayaran hendaklah diserahkan kepada Rozita bagi mendapatkan no. Akaun sila berhubung dengan Rozita ditalian 017-8707520. Bayaran diatas adalah wajib tetapi pihak AJK berharap sumbangan dari ahli berupa wang ringgit atau apa sahaja. Jika ahli dapat mencari orang perseorangan atau syarikat memberi sumbangan juga dialu-alukan.

6. Anggota Gerak Khas diperlukan untuk menyampaikan surat dan juga bertanya khabar kepada keluarga ahli. Ini adalah tugas untuk memastikan surat jemputan benar-benar sampai kepada keluarga ahli bagi disampaikan kepada ahli atau mendapatkan data maklumat ahli seperti no. tel supaya AJK dapat menghubungi ahli mendapatkan jawapan kehadiran.

Penutup

Diharap dengan keluarnya minit ini dapatlah kiranya setiap ahli menyampaikan kepada semua ahli yang belum mengetahui akan berita satu majlis reunion 20th SPM 1992 akan diadakan pada tahun hadapan. Kami berharap majlis pada tahun hadapan adalah yang paling meriah dan penyertaan yang paling ramai.

Saturday, May 29, 2010

Tuesday, March 30, 2010

MuzikFm Di Palong


dengar² muzikfm nak gi palong 6..tapi tak sure bila tarikh dia..
baru jer dengar melalui radiofm lepas

Saturday, March 27, 2010

membaca jambatan ilmu

menarik betul tgk En Sjn nie..berkata²
ehehe..sapo tak kenal rosni nie..

Monday, March 08, 2010

zuki's wedding


untuk kengkawan yg tak dapat hadir..gambar ni hadiah buat semua..
terima kasih tak terhingga kpd yg sudi hadir..pd majlis lepas..

Friday, February 12, 2010

''WALIMATUL URUS" 28hb Feb 2010



saya ingin menjemput tuan-tuan, saudara-saudari ke majlis saya
yg diadakan pada 28hb feb 2010 (Ahad)
bertempat di : dewan dbkl bandar tun razak, cheras.
landmark hospital HUKM.
dengan itu sudilah kiranya kedatangan anda bagi memeriahkan
dan menyerikan majlis. sekian terima kasih.